Free Bitcoins every 24 hours

Bagaimana Membeli dan Menjual Bitcoin



Cara Membeli Bitcoin

Langkah-langkah membeli bitcoins di Local Bitcoins adalah seperti berikut:

  1. Daftar ahli LocalBitcoins. Anda akan mendapat “wallet bitcoins” atas talian yang percuma dan selamat. Tiada aplikasi tambahan diperlukan.
  2. Memutuskan sama ada untuk:
    • membeli bitcoins dengan menggunakan perbankan atas talian atau deposit tunai.
    • membeli bitcoins dengan wang tunai dan berjumpa dengan penjual itu sendiri.
  3. Pergi ke halaman “Find Offer”.
    • Isikan borang dengan lokasi, kaedah pembayaran dan jumlah yang anda ingin dibeli.
  4. Laman web ini akan menyenaraikan bitcoin peniaga yang terdapat di kawasan anda.
  5. Dari senarai peniaga, pilih seorang peniaga yang mempunyai reputasi yang baik dan menawarkan harga bitcoins yang berpatutan.
  6. Pilih peniaga bitcoin, tekan “Buy” dan menghantar permintaan perdagangan dengan mesej kepada peniaga:
  7. Untuk perdagangan atas talian anda mungkin perlu meminta maklumat lanjut bagaimana untuk membayar.
  8. Untuk perdagangan tunai , bersetuju dengan masa dan tempat untuk berjumpa.
  9. Kemudian kembali ke “Dashboard” di bawah “User Profile” anda untuk mesej dengan penjual.
  10. Selepas penjual mendapat bayaran dari pembeli, penjual akan melepaskan bitcoins mereka kepada pembeli dan ia serta merta berada di “LocalBitcoins Wallet” pembeli.



Cara Menjual Bitcoin


Langkah-langkah menjual bitcoins di Local Bitcoins adalah seperti berikut:
  1. Tekan halaman “Quick Sell”.
  2. Masukkan maklumat cara pembayaran, Negara dan mata wang anda.
  3. Pilih pembeli yang menarwarkan harga yang paling tinggi untunk setiap bitcoin.
  4. Sila baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembeli sebelum membuat sebarang penjualan.
  5. Masukkan harga yang ingin dijual.
  6. Kemudian tekan “Send trade request”.



2 Responses to "Bagaimana Membeli dan Menjual Bitcoin"

  1. Women always want to look beautiful and attractive, various methods are even willing to get it done umtuk
    suksestoto

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sekali-kali cari rezeki dengan judi

      Padam